Wednesday 12 December 2012

Kelebihan Solat Berjemaah

Dah lama sangat tidak membuka blog ini.Ingatkan sudah tidak berfungsi. Bukan sebab apa, tapi memang ketandusan idea dan rasanya tidak mahu pening- pening memikirkan apa lah yang patut ditulis supaya dapat memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang ramai. InsyaAllah kali ini saya akan cuba tuliskan sesuatu yang masih lagi berkaitan dengan solat berjemaah. Perkara ini selalu diulang- ulang kerana untuk memberi peringatan kepada diri sendir supaya dapat laa diri ini untuk melaksanakan salah satu sunnah baginda Rasulullah SAW yang amat ditekankan oleh baginda. Perkara ini dapat kita perhatikan melalui hadith- hadith baginda Rasulullah SAW itu sendiri. Salah satunya ialah hadith yang menyatakan bahawa solat berjemaah itu 27 kali ganda lebih afdhal daripada solat secara bersendirian.

Solat secara berjemaah adalah satu perkara yg sgt2 dituntut dalam islam.. Ianya merupakan salah satu drpd sunnah Rasulullah SAW... Kita kata kita cintakan Rasulullah SAW.. jadi apa buktinya.. salah satu cara adalah dgn mengikut sunnah Rasul
ullah SAW ini iaitu solah secara berjemaah.. Rasulullah SAW semasa hidupnya sentiasa solat berjemaah.. Bahkan walaupun semasa sakit Baginda SAW akan dipapah oleh hambanya untuk dtg solat berjemaah.. bagaimana dgn kita?.. kebanyakan kita ini sihat tubuh badan tetapi tidak sihat dari segi keimanan.. lihatlah bahawa ada mafhum hadith yg mengatakan bahawa sekiranya tidak ada kanak2 dan wanita maka Rasulullah sanggup utk membakar rumah org yg mana mndgr azan tetapi tidak pergi solat secara berjemaah, sedgkan Rasulullah SAW sgt cintakan umatnya.. Lihatlah semasa akhir hayat Baginda SAW masih mnybt ummati, ummati yg bermaksud ummatku2.. bagaimana dgn diri kita adakah kita cintakan Rasulullah?? jika ya cubalah amalkan sunnah Rasulullah SAW ini.. Paksa diri kita utk dtg solat jemaah..InsyaAllah lama2 jadi biasa dan kita akan lakukannya dgn rela.. x lama pn, cuma lebih krg 7-10 minit shj.. sibuk sgtkah kita?..

Kebanyakan org tahu kelebihan solat secara bejemaah sperti digandakan pahala sehingga 27 kali ganda, tetapi x mahu ambil ganjaran pahala itu.. Tahu itu di akal diketahui dgn belajar dan mndgr ilmu2.. tetapi mahu itu di hati, diperolehi dgn bermujahadah (bersusah payah) utk mendapatkan cinta Allah SWT... adakah hati kita mahu? lihatlah ganjarannya sgt besar.. Analoginya boleh diumpamakan sekiranya selepas solat berjemaah tersebut terus ada sedebuk duit rm27 berbenading solat sendirian yg mana hanya mendpat seringgit shaja, mgkin akan penuhlah surau2 dan masjid2.. tetapi Allah x memberinya dalam bentuk yg nampak seperti itu.. Allah inginkan kita yakin kpad perkara2 ghaib iaitu pahala.. ada sesetengah penceramah mengtakan bahawa pahala ini ialah duit pada hari akhirat kelak yg mana akan dp menyelamatkan kita di hari akhirat kelak..

Ada jg sestengah org yg solat berjemaah di bilik.. x salah, satu perkara yg baik tetapi itu sekiranya kita mmpnyai keuzuran,ataupn kita terlambat mgkin disebabkan hal2 yg betul2 mustahak ataupun ketiduran yg benar2 kita x sedar .. Sunnah Baginda Rasulullah SAW ialah SOLAT PADA AWAL WAKTU, DI TEMPAT AZAN DILAUNGKAN (masjid2 dan surau2), DAN SECARA BERJEMAAH..dan jika kita solat di bilik kita x mndpt kelebihan ganjaran brdsarkan mafhum hadith iaitu setiap langkah yg dilangkahinya utk ke masjid akan mndpat 1 pahala, digugurkan 1 dosa dan dinaikkan 1 darjat di sisi Allah SWT..
Sekiranya lebih jauh jarak perjalan seseorang dgn tmpt solat maka akan mndpt lbh byk ganjarannya di sisi ALLAH SWT.. disebabkan itulah pada zaman Rasulullah SAW terdapat seorg yg ingin berpindah rumahnyha berdekatan dgn masjid tetapi tidak diizinkan oleh rasulullah SAW disebabkan ganjaran yg besar ini.. selain itu jika kita ke masjid atau surau2, InsyaAllah kita dapat berada dalam jemaah yg lebih ramai dan jemaah yg lebih ramai itu lebih byk ganjarannya berbanding jemaah yg sedikit.. Lebih2 lg dgn ke masjid akan dpt mengeratkan sillaturahim sesama umat islam yg InsyaAllah akan dpt memberi kekuatan kpd umat islam krn kekuatan umat islam adalah terletak dalam jemaah.. dan juga akan dapat menambah kebaikan kpd kita sekiranya di masjid2 atau surau yg diadakan majlis ilmu yg maan dgn berada dalam majlis ilmu, InsyaAllah dapat menghidupkan hati kita yg mmg xkan dapat lari drpd melakukan dosa..

Jd, InsyaAllah sama2 laa kita cuba utk lakukan solat jemaah ini.. x mampu byk buatlah sedikit2 dahulu janji kita cuba istiqamah.. cuab mulakan dgn solat subuh scr berjemaah dahulu, krn kita semua tiada apa2 urusan pn pada waktu pagi,tetapi cuma iman kitalah yg dapat membgkitkan kita ataupun tidak.. letaklah jam loceng sekuatmana pn tetapi jika hati kita x nak, x nak lah jawabnya.. InsyaAllah dgn usaha kita, suatu masa 6ti Allah SWT akan lihat dan akan sentiasa memilih kita utk sentiasa mgkt salah sunnah baginda SAW ini.. Paksa diri kitautk melakukan kebikan setelah kita ketahui kebaikan tersebut.. Faedahnya akan kita dpt utk diri kita sendiri.. ada sesetengah org ingin dtg tetapi kdg2 ditutup oleh rasa hati yg luar seperti ego, malu dgn kawan2 dan lain2 sdgkan rasa hati yg palig dalam jika ditanya, ingin melakukan kebaikan tetapi ditutup oleh rasa hati luaran yg bersifat krg baik itu... paksa diri, biarlah apa org nak kata kerana jika kita melakukan kebaikan pn akan ada org mengata dan jika kita buat jahat pn org akan kata.. lebih baik kita memilih utk melakukan kebaikan... minta maaf jika ada sesipa terasa, sekadar menulis utk ksdran diri sendiri dan semoga dapatlah memberi manfaat kpd org lain... Wallahua'lam...



Sunday 22 April 2012

Mujahadahlah...

Mujahadah ertinya “berperang” dengan diri sendiri untuk melakukan sesuatu yang sangat dibenci oleh hawa nafsu. Hawa nafsu hanya inginkan kejahatan, kelalaian dan keseronokan. Sebaliknya, ia sangat bencikan kebaikan, peringatan dan ketaatan.

Menentang hawa nafsu, samalah dengan menentang diri sendiri. Terseksa. Ini yang menyebabkan satu mujahadah selalu patah. Atau belum pun bermujahadah sudah mengaku kalah. Terlalu sayangkan diri untuk “disakiti”.

Padahal mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis. Letih sedikit, tak boleh. Hendaknya… banyak rehat. Pahit sedikit sudah mengeluh. Pedih sekelumit sudah mengaduh.

Dunia hakikatnya adalah gelanggang mujahadah. Kita di sini untuk “menanam”. Di sana (akhirat) nanti barulah kita menuai. Musim bertanam memanglah payah – mencangkul, membaja, menjaga dari serangga dan bermacam-macam-macam lagi kesusahan. Bila menuai nanti baru terasa nikmat dan seronoknya.

Dunia diumpamakan tempat “membayar”. Di akhirat nanti tempat “bermain”. Pay now, play later. Bayar di sini, “berseronoklah” di sana. Apa sahaja di dunia ini menuntut bayaran. Pilihlah, sama ada untuk membayar dahulu, atau membayar kemudian. Tetapi sekiranya kita membayar dahulu, kejayaan di kemudian hari akan menjadi lebih manis dan bererti.

Saturday 24 March 2012


Keutamaan solat Subuh Berjemaah

Sedarkah anda betapa pentingnya Solat Subuh berjemaah di dalam membina peribadi kehidupan masyarakat mukmin. Tonggak kekuatan ummah itu sendiri bermula dari Solat Subuh berjemaah. Sekiranya kita mengetahui betapa besarnya nilai solat ini kemudian kita saksikan ada orang yang meninggalkan solat subuh berjemaah di masjid maka kita akan mengetahui betapa besar musibah yang telah menimpa mereka.

Sabda Rasulullah SAW ” sesungguhnya dua solat iaitu isyak dan subuh adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yana ada dalam solat subuh dan isyak maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” HR Ahmad dan An-Nasa’i
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim).

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau ‘Subuh gajah’, iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul. Sesungguhnya ini adalah ujian yang sukar, namun bukan sesuatu yang mustahil. Nilai tertinggi dalam ujian ini iaitu bagi seorang lelaki adalah solat subuh secara rutin berjemaah.   Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh? Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?

Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya. Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : ” Kalau sekiranya manusia itu tahu apa yang tersembunyi dalam azan dan saf pertama dan mereka tidak mendapatnya kecuali di undi, nescaya mereka akan ikut serta dalam undian (orang ramai yang ingin mendapatkan saf pertama). Dan jika mereka mengetahui apa yang didapati dalam awal datang (solat jemaah), nescaya mereka akan berlumba-lumba. Dan jika mereka tahu apa yang tersimpan di dalam solat Subuh dan Isyak maka mereka akan mendatanginya walau dengan merangkak. HR Al-Bukhari”. Perhatikan lagi Hadith Rasulullah SAW bermaksud : “ Allah akan turun ke langit bumi pada setiap malam, ketika sepertiga malam yang terakhir. Dia berkata ’ mana hambaku yang berdoa untuk Aku kabulkan do’anya? Mana hambaKu yang meminta kepadaKu untuk Aku penuhi (permintaannya)? Mana hambaKu yang beristighfar untuk Aku ampuni (dosanya)?”
Renungkanlah apa lagi yang lebih kita inginkan dari semua itu?.. Jadi apa yang menghalang kita dari menunaikan solat subuh?..Bukankah ia adalah suatu bahagian yang begitu besar berbanding dunia dan seisinya…Janganlah kita tertipu oleh dunia..

Solat subuh merupakan lambang disiplin diri dan kekuatan ummah. Itulah kayu pengukur nilai sesuatu umat. Umat yang lalai dari Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan akan tetapi berhak untuk diganti dengan yang lain. Sehinggakan pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan mereka tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat Jumaat.
Tanpa solat subuh umat Islam tiada lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan dan kejayaan jika mereka tidak memperhatikan solat ini.

Lihatlah Firman Allah dari ayat 78 Surah Al-Israa’ yang bermaksud : ” Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikanlah sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaanya)”.

Antara kita ramai yang menyedari hakikat begitu ramai jemaah yang memenuhi saf di bulan Ramadhan. Di malam-malam itulah mereka berlumba-lumba memenuhi saf bagi menunaikan solat sunat Terawih. Mengapa tidak pula mereka berlumba-lumba menunaikan solat wajib berjemaah?..Bukankah Islam itu adalah agama yang disusun rapi dan jelas. Pun begitu, kemana menghilangnya mereka setelah Ramadhan berlalu pergi?..Mengapa dengan tiba-tiba mereka meninggalkan solat berjemaah dimasjid termasuk solat subuh berjemaah. Bukankah ini merupakan isyarat hilangnya pemahaman agama dalam diri mereka atau keterbiasaan menjadikan mereka sukar untuk melaksanakan amalan yang tinggi.